Wednesday, July 28, 2004

Duda dan Janda

Kasihan aku perempuan itu
lakinya lari dari rumah
leburkan sedarsawarsa kasih sayang
lenyapkan impian bahagia
tinggalkan geram, sedih dan derita.

Kasihan aku lelaki itu
terpaksa tinggalkan dua anaknya
dengan perempuan, isteri dan ...
bersama dendam dan cinta yang berbaur-baur.

Jantan dayus, kata perempuan itu
Isteri celaka, tutur lelaki itu.

Kasihan aku perempuan dan lelaki itu
yang ditemukan untuk dipisahkan
yang dipadankan untuk bermusuhan
betul kata Tuhan:
lelaki-lelaki baik adalah untuk perempuan-perempuan baik
perempuan-perempuan baik adalah untuk lelaki-lelaki baik.

 
Hasmi Haron
Kuala Lumpur, MALAYSIA
27 Julai 2004
9:33

1 comment:

  1. Anonymous4:53 PM

    Assalamualaikum...
    dikala suami isteri itu bertengkar... berdehak-dekah sang syaitan ketawakan dan bergegear arash Allah.... moga-moga pertengkaran meluahkan yg berbuku dihati dan meraptkan kembali secara lebih sihat....

    nak join bersajak boleh? bagaimana caranya? terima kasih.

    ReplyDelete