Thursday, June 05, 2008

Aku, Abah dan Kejanggalan

Duniaku tak pernah sesunyi itu
dan hidupku tak pernah sekaku itu
bersamamu petang itu
dalam Neo yang bergerak laju
ke bandar Melaka.

Duniaku tak pernah sesunyi itu
aku dan kamu
tiba-tiba hilang suara
hanya hela nafas yang kedengaran
kadang kala pendek
kadang-kadang panjang
berbaur keresahan.

Hidupku tak pernah sekaku itu
aku dan kamu
bak tunggul
cuma bebola mata bergerak-gerak
cari kekuatan
tunggu keabraban.

Biarpun asalnya sama
aku dan kamu
sama-sama janggal dan kekok
resah
dalam kesunyian dan kekakuan
penuh kebingungan itu.

Abah...
walau kita janggal lagi kekok
aku tahu kau sayang darah dagingmu ini
dan ketahuilah jua
aku sayangkanmu, abah!
dari sini santak akhirat.


Hasmi Haron
Manchester, England
4 Jun 2008

Sunday, June 01, 2008

Aku, Bolasepak dan Raul

Puerta del Sol kian dibanjiri manusia
sedikit demi sedikit menjerang keghairahan
perlahan-lahan lepaskan wap kesabaran
dalam penantian yang gila.

Museo del Prado gagal
Palacio Real kalah
Catedral de la Almudena tewas
bukan kepada rahmat di Damacus Iraqi, Plaza Mayor
tapi kepada Pepe, Fabio, Robinho, Salgado, Gago...
dan kepala mereka, Raul.

Dan si kaki bangku ini turut sama
dalam penantian yang gila ini
berdiri dan terus berdiri
menanti dan terus menanti
kunjung tiba lelaki-lelaki itu
dengan kemegahan La Liga.

Kurang lebih 2 jam aku tertancap
di tengah-tengah Puerta del Sol
dengan keghairahan nan pura-pura
ditemani sepupuku
yang seghairah suaminya
inginkan gambar-gambar Raul
untuk dibawa pulang ke kota London
buat santapan keluarga dan taulan.


Hasmi Haron
Madrid, Sepanyol
19 Mei 2008

Wednesday, February 06, 2008

Do you remember?

[This poem by fmac was first published @ http://www.fmaclicious.blogspot.com/]


Do you remember the first time we met,
the first time u gazed into my eyes,
and smiled at me,
and had the guts to say hi and exchange numbers.

Do you remember our first date,
awkward at first,
but it became warm later,
till we held hands.

Do you remember the first movie,
we both wanted to watch a different movie,
ended up watching both movies,
and had a great time.

Do you remember our first argument,
I was quiet,
u were speechless too,
Then we apologize and compromise and never fought again.

Do you remember picking me up at the lrt station,
excited to see each other,
after being separated for weeks,
being able to see that sweet smile of yours.

Do you remember the last night we met,
you were too quiet,
I was clueless,
As if as i was invisible.

Do you remember ur last sms,
Saying goodbye and its over,
without any reason,
As if i did not exist in your life.

Do you remember you said u were different,
that u loved me,
no matter what happens,
Do you remember?

Do you remember? Or has it vanished away?


-=fmac=-
Posted on fM@C Uncensored
4 February 2008 at 7:58 PM

Wednesday, January 30, 2008

Terima Kasih

Ibu pernah kata
pada satu petang
satu hari di bulan lima:
tiada yang benar-benar pasti
kecuali mati.

Ku tatap wajah ibu
penuh harapan
merayu penjelasan.

Ibu cuma mengusap-usap kepalaku
penuh kasih sayang
dan aku memejamkan mata
menikmati rahmat Tuhan
penuh tenang.

Kelmarin
dalam bicara singkat dengan ibu
aku khabarkan kesedihan itu
menagih simpati dan kasih
dari ibu yang jauh beribu batu.

Sekali lagi ibu tuturkan:
tiada yang betul-betul pasti
selain mati.

Pagi ini
ku terima e-mel dari si dia
dengan mutiara kata yang sama:
tiada yang pasti, melainkan mati.

Terima kasih Tuhan
kerana kembalikan si dia padaku
terima kasih Ibu
kerana ajarku agar tak putus asa
terima kasih sayang
kerana terima aku semula.


Hasmi Haron
Manchester, England
30 Januari 2008