Wednesday, January 30, 2008

Terima Kasih

Ibu pernah kata
pada satu petang
satu hari di bulan lima:
tiada yang benar-benar pasti
kecuali mati.

Ku tatap wajah ibu
penuh harapan
merayu penjelasan.

Ibu cuma mengusap-usap kepalaku
penuh kasih sayang
dan aku memejamkan mata
menikmati rahmat Tuhan
penuh tenang.

Kelmarin
dalam bicara singkat dengan ibu
aku khabarkan kesedihan itu
menagih simpati dan kasih
dari ibu yang jauh beribu batu.

Sekali lagi ibu tuturkan:
tiada yang betul-betul pasti
selain mati.

Pagi ini
ku terima e-mel dari si dia
dengan mutiara kata yang sama:
tiada yang pasti, melainkan mati.

Terima kasih Tuhan
kerana kembalikan si dia padaku
terima kasih Ibu
kerana ajarku agar tak putus asa
terima kasih sayang
kerana terima aku semula.


Hasmi Haron
Manchester, England
30 Januari 2008